Friday, September 19, 2008

Andalusia


Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu


lirik penuh makna untuk dihayati bersama

Tinggalkan Satu Peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru

Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja
  (LOLOQ)

lirik yang penuh makna buat aku..thanks

Pandang yang Satu dalam yang ramai


Seorang lelaki dengan gaya ranggi, berketinggian sekitar lima kaki yang sering menjadi penghibur kini tiada lagi. Dia telah pergi jauh meninggalkan duniawi, berkelana menyambut seruan Ilahi.

Tanggal 30 Januari 2008, seluruh industri seni terkesima dengan berita pemergian si figura penulis lirik genius, Rosli Khamis yang cukup sinonim dipanggil Loloq.

Ya, tiada siapa menyangka sepantas angin berhembus si pengembara sepi dari Republik Singapura ini 'dijemput pulang' selepas empat hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada usia 50 tahun akikat pendarahan otak.

Tepat pukul 1.37 tengahari, dengan mata masih tertutup rapat dan tanpa meninggalkan kata-kata hikmah yang barangkali boleh dijadikan azimat, beliau menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri tercinta, Hariyah Yaacob, 35, serta beberapa teman karibnya.

Benar, teman-teman seperjuangan lain ramai yang ralat.

Ralat kerana tidak dibenarkan menziarah beliau sewaktu hayatnya.

Ramai yang menyatakan rasa terkilan kerana gagal menyampaikan kata maaf dan membisikkan doa di telinga Loloq.

Namun, menyedari realiti ayah kepada Krsty Nur, 10, Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5, yang membuat permintaan terakhir agar tidak dijenguk teman kala dirinya berada dalam keadaan 'berduka' semuanya akur dan menghormati keinginan lelaki yang dikenali sebagai seorang perahsia ini.

Hayatnya sebagai seorang penulis lirik diisi dengan portfolio yang cukup hebat. Namakan siapa artis besar yang belum mendapat sentuhan seninya, hampir tidak ada.

Nama-nama besar seperti M.Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Search, Wings, Hattan, Ella, Spider, Misha Omar dan Mawi telah menerima idea magis yang diilhamkan dari mindanya yang tidak pernah mati itu.

Mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura, dia sendirian berkelana ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun.

Pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, mengikut ajaran Tasauf dan menjadi kutu rayau, perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M.Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.

Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M.Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.

Kesungguhan dan anugerah yang Tuhan berikan kepadanya melalui

bait bicara yang mendalam dan intelektual sepanjang 25 tahun menjadi penulis lirik, telah menjulang Loloq dengan pelbagai pengiktirafan pada majlis berprestij hiburan tanah air.

Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL) meletakkan Loloq pada prestij tersendiri.

Malah Loloq sendiri telah melakar sejarah peribadi apabila diangkat sebagai Penulis Lirik Terunggul sebanyak lima kali berturut-turut pada majlis anjuran Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik (MACP).

Memetik kata-kata seniman M.Nasir, karya Loloq bukan setakat popular dan sedap didengar tetapi rakaman pemikiran, perjalanan dan kehidupan.

Di dalamnya ada roh dan dia sebahagian daripada kehidupan itu. Dia seorang yang luar biasa dalam dunianya sendiri.

Mengimbas bicara dengan lelaki yang rendah hati tetapi tinggi bahasa ini mengenai posisinya sebagai penulis lirik, ringkas Loloq memberitahu :

"Saya akan terus berkarya dan tidak akan berhenti hanya kerana rasa sudah tua. Cuma saya harap satu hari nanti saya tidak akan menjadi manusia aneh."

Semoga roh Rosli Khamis sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat keredhaan. Amin.

copy n paste..untuk pengetahuan semua

Kias Fansuri

Tak sempat dipapas, hidangan ku habis
Bila ku terpandang Dia melangkah masuk hendak menjamu selera
Geletar lututku di belakang tabir
Bila ku terdengar namaKu dipanggil
Dia matanya merah menyala
Dia... hadiahkan tubuhku
Tujuh lacutan pedang saktinya
Dia...

Jangan sesekali kau ceritakan pengalamanmu Yusuf
Takut-takut mengundang bencana. (Surah Yusuf:4)

Siapa tahu betapa berat cinta yang ditanggung
sehingga dia sanggup lakukan biar apa saja demi mendapatkan
restu Sultan cahaya hatinya

Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi Zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta

Bisikan memujuk memupuk nurani
Lalu terbukalah pintu yang menghijab DIA

"AKU KENAL DIA LAMA DAHULU" (reincarnation?)

DIA yang melamarku dalam mimpi

Kias fansuri Mawar berduri
Kias fansuri Lembah yang sepi
Kias fansuri Madah bersari
Kias fansuri Langit yang tinggi.

- (LOLOQ)
aku copy n paste untuk penghayatan aku sendiri

Thursday, September 11, 2008

Celaka kan?

Arghh pedih! sekali lagi belakang aku di tikam...
oh manusia yang mengagungkan manusia,celaka la engkau!
sudah berkali2 kau menikam...mana boleh tahan!
Aku bukan seperti yang kau sangka wahai celaka,
Cerita2 yang kau bawa itulah yang akan mencelakakan kau,
Aku bukan berdoa untuk mecelakakan kau,tapi untuk memperingati diri aku supaya x menjadi celaka macam kau!
Aku punya akal,aku punya hak,dan aku punya suka!aku x pernah kacau urusan kau.
Come on la,kau dah besar,aku baru nak besar,mana sifat2 matang kau yang nak aku contohi?mana petunjuk yang digembar-gembur sebelum ni?aku dah malas nak layan la kalau blakang aku asyik kena tikam.
aku pun ada harga diri,aku pun ada hak sendiri..so apa kau peduli?
cakap siang pandang2,cakap malam dengar2.cakap pun x guna kalau hati dah dirasuki syaitan celaka!

*terima kasih wahai si celaka yang banyak menyedarkan aku...